.

.
“Life is either a daring adventure or nothing. -Helen Keller”

Tuesday, July 30, 2013

21 Ramadhan 1434 | 30 Julai 2013

Salam. How's have ur ramadhan been so far?

Dah masuk 10 malam terakhir dan semua orang tengah maximize ibadah kepada Allah. Every muslim will fight for Malam lailatul qadar. Kalau dulu time sekolah ustazah describe malam lailatul qadar tu dia kata pokok akan sujud dan kita dpt tgk pokok tunduk, air akan jadi keras. Amazing tapi x penah pulak lagi terbertembung dgn malam2 yg macam tu dalam previous ramadhan selama dah 21 tahun hidup ni even if i wanted so much to see it with my eyes.

Ade sesetengah cakap, kita kena cari malam tu. Kalau dok stay up buat benda2 lagha mcm tgk movie, even malam lailatul qadar pun tah2 kita miss gitu je. No pain no gain ye dak?

Technology made easy as people are so aware of islamic issue and sharing through social networking like facebook and instagrm whatever good things they know . Alhamdulillah.

We might never know which night is malam lailatul qadar, the clear clue is malam yg ganjil. either 21, 23,25,27 dan 29 .

(Some source mentioning  about Malam Lailatul qadar : http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html )

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. 

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. 

Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. 

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku.

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Bacalah doa ni


We might never know which night it is, tapi we can keep searching and try to ask from Allah. If kita terleka bacalah ni setiap malam. Mana la tau kita terlepas but we had do our part to ask from Allah. Allah kata mintak lah apa saja, jadi mintaklah. Insya Allah, Allah tak pernah mengecewakan untuk kabulkan permintaan kita. :)

Salam 10 malam yg terakhir Ramadhan.

sincerely,
fee.

No comments: